INFO : Wanita Curang Di Malaysia Berada di Senarai No.3 Di Dunia


Tahukah anda bahawa wanita curang di Malaysia berada dalam senarai diatas iaitu nombor 3 antara negara-negara diseluruh dunia? Apa yang menyebabkan wanita berlaku curang? Adakah semuanya mereka ataupun sebab-sebab yang lain? Dulu bukan main sayang, tetapi sekarang ini tidak lagi malah mungkin ada yang tidak sanggup untuk melihat wajah pasangan masing-masing disebabkan sebab-sebab tertentu yang mungkin hanya difahami oleh mereka sendiri. Disini, kami senaraikan beberapa sebab dan punca utama wanita curang untuk pengetahuan anda.

Membalas dendam

Kaum wanita sebenarnya memang susah untuk melupakan perbuatan yang menyebabkan mereka rasa dikhianati dan disakiti. Mereka kuat memendam perasaan mereka dan walaupun di mulut mereka mengatakan mereka sudah memaafkan, tetapi hakikatnya mereka sukar untuk melupakan perbuatan lelaki / suami mereka yang menyakitkan hati mereka seperti berlaku curang di belakang mereka. Oleh itu, jika dibiarkan maka akan timbul niat di hati mereka untuk membalas balik.

Rasa cinta sudah hilang

Mungkin dulu terpikat disebabkan perasaan cinta yang mendalam terhadap pasangan. Tetapi, lama-kelamaan perasaan itu mulai hilang lebih-lebih lagi jika pasangan sudah tidak memberikan layanan dan kemesraan seperti dulu lagi.

Masalah kewangan

Apabila rumah tangga ditimpa masalah kewangan dan sukar untuk diselesaikan, perhubungan antara suami dan isteri mungkin akan menjadi goyah disebabkan tekanan perasaan yang dialami satu sama lain. Lama-kelamaan, komunikasi antara kedua-dua pihak akan menjadi masalah dan boleh menyebabkan pergaduhan.

Terlalu sibuk

Kaum suami yang terlalu sibuk dengan kerja atau urusan luar yang lain juga boleh menyebabkan si isteri berasa terabai dan tidak diperdulikan. Oleh itu, kemungkinan mereka akan cuba untuk bersosial dengan kawan-kawan termasuk juga lelaki lain untuk menghilangkan kesunyian.

Ego dan pentingkan diri sendiri

Pasangan yang sudah berkahwin harus menghilangkan rasa ego masing-masing dan cuba untuk lebih memahami perasaan pasangan. Jangan asyik nak pasangan kita mengikut sahaja apa yang kita mahu, sesekali kita juga kena mengalah dan bertolak ansur demi kebahagianan rumah tangga kita.

Hilang persefahaman dan kemesraan

Apabila persefahaman dengan pasangan semakin hambar, maka hal-hal yang kecil pun boleh mengakibatkan pergaduhan besar. Jika sering bergaduh, tidak mustahil perasaan cinta dan sayang akan semakin pudar dan lebih teruk lagi menyebabkan timbul niat untuk wanita curangdan mencari yang lain.

No comments

Powered by Blogger.