MISTERI : Gangguan Jin Uji Ilmu di Beruas
Awal tahun 2005 aku dah berpindah ke kampong halaman mama..Daerah Beruas, Perak...Pada mulanya, kami sekeluarga memang gembira..Biasa lah tak pernah duduk kampong..Selama ni kami ni dibesarkan di Bandar...Biasa duduk kawasan yang riuh, siang malam ada je orang..Bila duduk kampong ni, suasana pun best je, sunyi, tenang...Petang2 kami akan duduk ramai-ramai depan rumah..bersembang sambil gelak ketawa...Alahai seronok nya masa tu...
Tapi semua tu tak lama...Keluarga aku jadi kacau bilau..bergaduh sesama sendiri..Aku ni siap berparang gaduh dengan akak aku...Polis datang rumah lagi..Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu...Rumah ni sebenarnya rumah pusaka...Rumah kayu kat atas rumah lama, Cuma kiri kanan depan belakang abah buat semula bagi besar dan cantik..masa tu aku lah yang tolong abah buat rumah..Sebenarnya teman abah je...Bukan buat pun...Tak pandai pun...Abah aku plak memang tangan berseni..
Masa tahun 2005 bagi aku, tak semaju macam sekarang...Telefon paling canggih dan terkenal 3310 nokia kan? Abah pulak ada telefon nokia yang canggih sikit lagi yang ada kamera tu..1 button 2 nombor,..aku pun lupa model apa...Pernah masa tu, kitorang duduk kat ruang tamu ramai-ramai..Abah ambil telefon dia, tangkap gambar tiang seri rumah..2 3 kali juga abah tangkap gambar tiang seri..Kitorang buat tak tahu je la sebab tak patut ambil tahu pun..dah ada kamera apa salah nya nak tangkap gambar kan...Lepas tu abah buka folder, abah tunjuk kat kami adik beradik gambar dia tangkap tadi...Punya lah baik gambar tu...Ada budak, seluruh badan hijau, telinga panjang, kepala licin memang takde rambut...TOYOL!! jerit kitorang..Abah pulak gelak kan kitorang..”Angpa ingat abah suka2 tangkap gambaq ni ka”? Abah nampak awal2 dah..tu abah tangkap gambar cepat-cepat..Dia saja nak masuk sini nak tengok apa dia boleh ambil..Tapi dia tak boleh ambil apa pun...Menyengih je abah bila dia cakap macam tu...
Satu hari tu, yang ada kat rumah hanya adik perempuan aku..yang lain semua keluar...termasuk lah aku..Abah dgn mama pun keluar..Takpe lah..Siang hari kan...Adik perempuan aku yang masih bersekolah menengah, panggil kawan dia si Tini datang teman dia..Buat kawan sembang..Bukan takut apa pun...Elok diorang duduk dalam bilik, lepas asar tiba2 adik aku diam...Macam ada yang tak kena pada dia...Nasib lah kawan dia ni macam dah rasa sesuatu tak elok, terus amik kitab yasin dan baca..Adik aku mula mula macam tak sedarkan diri..Mata dia merah menyala..Alhamdulillah bila dikejutkan adik aku, adik aku sedar dan dia pun macam blur...Tak lama lepas tu, adik aku dgn tini duduk luar rumah..Masa tu dorang nampak sekumpulan helang duk memusing-musing kat atas umah aku..Cerita ni adik aku diamkan je dari pengetahuan abah..Cuma cerita kat mama je..
Dah cerita kat mama, mesti lah abah tau kan..Abah pun apa lagi..naik angin dia..yang dia marah sebab tak bagitau dia awal2..Jadi, pada 1 malam, bunyi buah kelapa jatuh atas bumbung rumah aku...Pokok kelapa dan rumah aku memang jauh..Kalau ikut logik akal memang takkan ada buah kepala yang menyinggal atas bumbung zink rumah aku ni..Kalau nak kata budak nakal pun mustahil...Bunyi dentuman tu memang kuat..Takkan baling batu kecil tu apa la sangat bunyi nya,,,Waktu tu dalam pukul 2-3 pagi..Bunyi tu dah lama..Tapi kali ni abah betul hilang sabar..Sebab benda cuba kacau anak2 dia..Dalam keadaan yang terlalu gelap, yang di luar rumah tu hanya disinari dengan cahaya bulan, abah keluar sorang-sorang...aku dan adik aku hanya mengintai dari tingkap...Mama suruh kitorang diam...Dalam hati dah berdebar-debar tak tau apa abah nak buat sebenarnya..
Kelihatan abah berdiri betul-betul di halaman rumah...Yang menampakkan abah hanyalah cahaya bulan...Pekikan abah buatkan aku kecut perut..Abah seolah mencabar!!
“Apa yang kau nak syaitan”??!!
“Mari..Tunjukkan diri kau yang sebenar pada aku”!!
“Kalau kau kacau aku sorang, kau nak uji aku, aku takde masalah..Aku terima”!!
“Sekarang kau dah kacau anak bini aku syaitan!! Keluar hadap aku sekarang..Tunjukkan wajah kau yang berani sangat tu”!!
“haram jadah punya syaitan”!!
“Apa yang kau nak syaitan”??!!
“Mari..Tunjukkan diri kau yang sebenar pada aku”!!
“Kalau kau kacau aku sorang, kau nak uji aku, aku takde masalah..Aku terima”!!
“Sekarang kau dah kacau anak bini aku syaitan!! Keluar hadap aku sekarang..Tunjukkan wajah kau yang berani sangat tu”!!
“haram jadah punya syaitan”!!
Memang aku akui banyak kata-kata mencabar dan makian kat benda-benda ghaib ni..Apa yang aku faham, abah hilang sabar lepas benda tu kacau keluarga aku..Kehidupan kitorang jadi huru hara pun salah satu sebabnya adalah kerana benda ghaib tu..Mungkin dia nak test ilmu abah...Abah masa pindah kampong, takde sape pun tau dia ni boleh merawat ..Mungkin juga kerana dengki manusia pada abah sebab abah cuba mematahkan cubaan sihir yang dia cuba buat kat abah..Kerana tanah je pun..dah la ambil tanah orang..bila kantoi, nak sihir abah pulak...Tu pun Allah nak tunjuk, orang tu lalu depan umah sambil renjis sesuatu..
Selepas kejadian malam tu, dah takde gangguan lagi pada rumah kami...Takde bunyi cakaran pada rumah kayu lagi mahupun kelapa jatuh atas bumbung zink...Helang yang keliling rumah tu kata abah, dia menjaga..tu je abah cakap...Aku tak faham secara tersirat apa maksud menjaga tu...Tak lama kejadian tu, abah pun jatuh sakit..Mengikut kata doctor, abah kena kanser..Tapi sepanjang abah di hospital, tak tau la nak cakap macam mana..Allah nak tunjukkan sesuatu agaknya..Ada saja orang yang tiba-tiba datang kat abah, bagitahu yang abah ni terkena buatan orang..Yang datang tu, aku ingat lagi, Ustaz, Bomoh, Pawang, Tok Sami..Tak silap 5 orang lah..Sedangkan kami tak panggil pun..Diorang yg dtg sendiri kat katil abah..Bagitau pasal ni..
Aku adik beradik apa lagi...Mula lah nak projek gila balas kat orang tu...orang tu dh naik lemak...Dulu nak kawen dgn bini dia pun, petang bini dia ludah tolak cinta dia, malam bini dia datang rumah cari dia..menangis2 nak kawen..Ini dah melampau!! Aku dgn abg aku mmg nak cari bomoh orang Asli...Abah pun macam tau kitorang dah pasang niat tu, terus abah cakap, kita kena redha..ini semua jalan yang dah ditentukan..biarlah dia nak buat apa pun..abah tau lama dah..Cuma abah redha dengan ketentuan jalan hidup abah mcm ni...Bila dengar macam tu, kami lupakan hasrat kotor tu...Astaghfirullah!! Tak lama lepas tu, kami pindah semula ke tempat kami dibesarkan...Menjalani kehidupan seperti biasa..Abah terpaksa ke HKL tiap bulan untuk kimoterapi..2 Tahun lepas abah menjalani kimoterapi, abah meninggal dunia...Alhamdulillah tak perlu cerita panjang..aku lah saksi bahawa abah mati dalam Husnul Khatimah...Syahid melawan sakit...
Al-Fatihah untuk abah!!
Leave a Comment