RIADAH : Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Ipoh Perak



Ipoh , Suatu Destinasi Yang Popular Disebabkan Banggunan2 Bersejarah Serta Mempunyai Keunikan Yang Tersendiri Menjadiakn Ia Bandar Yang Popular Untuk Dilawati . Antara Tempat2 Yang Menarik Anda Boleh Lawati Di Ipoh :-


1. Lost World Of Tambun


 Taman tema Lost World Of Tambun ini dikelilingi bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun dan hutan hujan khatulistiwa serta mengekalkan ciri ciri seni bina mesir ala purba 


2. Movie Animation Park Studio


Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh, Perak merupakan teman tema animasi yang pertama di Asia. Dijadualkan pembukaannya pada Disember,ia merupakan taman tema yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Dengan anggaran kos sebanyak RM450 juta, taman tema ini akan menambah satu lagi pilihan buat rakyat Malaysia dalam memilih destinasi percutian mereka kelak.

3. Gua Kek Lok Tong


 Tokong Kek Lok Tong yang juga dikenali sebagai Gua Kegembiraan Hebat pula terdapat patung Buddha diperbuat daripada stalaktit dan stalagmit yang mengagumkan pandangan.


4. Han Chin Pet Soo


Rumah agam ini dahulunya merupakan tempat ekslusif pelombong berbangsa Hakka . Sekarang ia dijadikan sebuah muzium yang memaparkan informasi dan bahan abstrak khususnya sejarah tentang kehidupan para pelombong bijih besi


5. Art Of Old Town



Disini Terdapat lukisan mural dinding yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic yang terletak tidak jauh dari pusat informasi pelancongan ipoh . Ia sesuai dijadikan destinasi lawatan untuk bergambar yang menceritakan tentang budaya & tradisi orang ipoh.


6. Fantasy House Trick Art


Tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama seisi keluarga . Terdapat banyak lukisan 3D fantasi yang kelitan seakan2 hidup apabila diambil gambar dari sudut yang betul .


7. Ipoh Memory Lane (Pasar Karat)


Bermacam2 koleksi antik yang terdapat di Ipoh Memory Lane. Setiap pagi Ahad sesudah subuh maka bermulalah aktiviti perniagaan dengan menjual pelbagai koleksi antik. Selain koleksi antik terdapat juga barangan2 lain. 


8. Kinta Riverfront


Sebahagian tebing sungai ini di buat seperti dataran untuk tarikan pengunjung. Disediakan kemudahan tempat pejalan kaki dan disediakan kiosk-kiosk yang menempatkan gerai makan, sewaan basikal, cenderahati dan sebagainya.


9. Taman Rekreasi Gunung Lang


Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. 


10. Stesen Keretapi Ipoh


Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Dan Disitu Jugak Terletak Pokok Ipoh.


No comments

Powered by Blogger.