MISTERI : Menyingkap sejarah serta misteri Istana Kellie (Kellie’s Castle)
Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya. Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
Mendiang William Kellie Smith ( 1870 - 1926) - Gambar ihsan Lamography.com
Kisah Misteri disebalik Istana Kellie
Sudah menjadi lumrah mana-mana bangunan lama yang ditinggalkan, kisah misteri seram pasti diulit dan menjadi sebutan dari generasi ke generasi,sepertimana kisah penunggu di Istana Menati, Negeri Sembilan atau kisah Perempuan Hijau di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Istana Kellie sendiri mengundang pelbagai kisah misterinya yang tersendiri. Malah Istana Kellie pernah dicadangakan sebagai antara kawasan tarikan bagi Pelancongan Paranormal (Paranormal Tourism) bersama Jirat Cina di Sungai Besi, Selangor (NST, 13 Mac 2006).
Roh William Kellie menjaga istananya
Roh William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu.(NST, 27 Mei 2008). Ketika ditemuduga dalam satu rancangan dokumentari, Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast Enterprise, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie turut berkongsi kisah misteri. Beliau merujuk peristiwa dimana sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith.
Roh William Kellie menjaga istananya
Roh William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu.(NST, 27 Mei 2008). Ketika ditemuduga dalam satu rancangan dokumentari, Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast Enterprise, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie turut berkongsi kisah misteri. Beliau merujuk peristiwa dimana sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith.
Misteri Bilik Helen
Antara ruang dalam istana Kellie yang dianggap mempunyai misteri ialah bilik anak perempuan beliau, Helen. Seorang pengunjung dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan bangsa eropah dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran di bilik tersebut.
Pengawal Tanpa Kaki
Dalam tahun 1995, dikisahkan empat orang pemuda dari Tapah, Perak buat kali pertamanya melawati Istana Kellie, mereka tiba di Istana berkenaan pada kira-kira pukul lima petang. Malangnya mereka telah didatangi seorang lelaki yang dipercayai pengawal istana berkenaan dan dimaklumkan bahawa premis berkenaan telah ditutup kerana telah melewati tempoh melawat. Sebelum meninggalkan premis berkenaan mereka sempat memandang kearah pengawal tadi yang sedang menuju ke pondok pengawalnya, disitulah baru mereka sedari bahawa pangawal tadi TIDAK BERKAKI, sebaliknya seakan melayang menuju ke pondoknya (NST, 8 Oktober 2006).
Bertemu Langsuir
Seorang pengawal di Istana Kellie, Kamazan Yeop atau Pak Naman berkongsi pengalaman seram beliau sewaktu melakukan tugas rondaan selepas waktu melawat berakhir pada pukul 6 petang. Sewaktu beliau melintasi sebatang pokok angsana yang berada di halaman istana berkenaan, beliau terdengar bunyi yang agak mencurigakan, lalu mematikan langkah beliau disitu. Sebalik sahaja menoleh kebelakang, kelihatan satu lembaga putih dengan rambut hitam menggerbang muncul di sisi pokok angsana berkenaan dan menuju kearah dimana beliau berdiri. Dalam situasi cemas itu, Pak Naman sempat membaca beberapa potong ayat quran sambil mengacukan senapang patah beliau kearah lembaga tersebut. Beberapa das dilepaskan, namun ianya tidak meninggalkan sebarang kesan, sebaliknya lembaga tersebut melayang terbang meninggalkan kawasan tersebut. Dikatakan lembaga yang ditemui oleh Pak Naman itu sebenarnya adalah Hantu Langsui, beberapa hari kemudian, Pak Naman sekali lagi terserempak dengan satu lembaga putih, cuma kali ini di sekitar kawasan Surau premis berkenaan dan Pak Naman tidak pasti lembaga apakah yang beliau temui itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tahun 1997 (NST, 26 Jun 2006).
Leave a Comment