MISTERI : KEJADIAN RASUK DI ULU CHEPOR


Sesiapa yang tinggal di kawasan Ipoh, mesti mengenali kawasan rekreasi Ulu Chepor. Di samping, kawasan yang cantik dan tempat untuk berkelah, wujud juga kawasan yang mempunyai cerita-cerita misteri tersendiri.
Kisah ini berlaku semasa aku mula-mula memasuki sebuah politeknik di Ipoh. Kebiasaannya sesiapa pelajar semester 1, wajib menyertai kokurikulum iaitu Poli Briged. Seingat aku, ada satu aktiviti perkhemahan yang wajib disertai oleh setiap pelajar ini. Secara rutinnya, aktiviti ini dilakukan di kawasan rekreasi Ulu Chepor dan diadakan selama 2 hari 1 malam. Giliran dilakukan mengikut jabatan dan jabatan yang pertama adalah jabatan aku, kejuruteraan awam.
Pergerakan ke tempat itu bermula pada waktu petang, namun berlaku sedikit kelewatan disebabkan bahagian pengangkutan mengalami masalah. Setiba sahaja di kawasan rekreasi ini, hari telah menghampiri senja. Ini disebabkan kami terpaksa berjalan kaki dari pintu masuk kawasan ini ke kawasan rekreasi tersebut. Setelah sampai, kami telah diberi taklimat oleh ketua fasilitator aktiviti ini. Sebenarnya aktiviti ini, adalah berkonsepkan minggu suai kenal tetapi lebih berbentuk ketahanan fizikal & mental. Namun, tidaklah seteruk latihan ketenteraan cuma seakan 'ala-ala tentera'.
Aktiviti ini bermula pada waktu malam setelah kesemua peserta sudah siap membuat pentadbiran seperti makan, solat dan mandi. Ia bermula dalam jam 9.00 malam. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian peserta mengikut kumpulan. Aku berada dalam kumpulan ke 10 ketika itu. Setelah siap membahagi kumpulan, aktiviti diteruskan dengan suatu permainan. Permainanan ini macam 'tresure hunt' tetapi tiada pun harta yang hendak dicari cuma kumpulan yang mana berjaya tamatkan pemainan ini boleh untuk tidur awal. Setiap kumpulan perlu pergi ke setiap stesen yang ditunggu oleh fasilitator dan mendapatkan 'klue'. Namun untuk mendapatkan 'klue' tersebut setiap kumpulan akan diberi masalah untuk diselesaikan atau permainan-permainan tertentu untuk dibuat. Jika gagal, setiap ahli kumpulan akan didenda. Kawasan rekereasi ini mempunyai kawasan lapang memudahkan untuk menjalankan aktiviti seperti ini.
Permainan ini berlarutan sehingga dalam jam 10 lebih. Sedang asyik kami berseronok menjalankan aktiviti ini dan secara tiba-tiba kami terdengar suara seorang perempuan menjerit meraung sambil menangis. Ia datang dari arah surau dan ketika itu juga laungan azan dilaungkan. Ketika kejadian ini berlaku, kami merasa pelik dan bersikap ingin tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi ketua fasilitator menyuruh kesemua peserta kembali berkumpul dan kembali ke khemah masing-masing. Sebenarnya, salah seorang fasilitator perempuan telah dirasuk ketika menjalankan permainan sebentar tadi.
Gangguan mistik ini tidak berakhir disini, sedang asyik kami berehat dalam khemah, tiba-tiba dikejutkan dengan riuh rendah di kawasan khemah peserta perempuan. Kami bergegas pergi melihat apa yang berlaku. Maklumlah kami berkhemah betul-beutl di kaki bukit behutan tebal manalah tahu ada binatang yang muncul ke atau selainnya. Rupa-rupanya salah satu peserta perempuan telah dirasuk, dengan keadaan membuat suara seperti mengeram berselang seli menangis. Rakan-rakan sekeliling sudah kelihatan cuak dan menangis sambil teresak-esak membaca ayat Al-Quran. Beberapa orang peserta lelaki terus melaungkan azan bagi meredakan keadaan, dan ketika itu fasilitator juga telah datang melihat apa yang terjadi. Peserta perempuan yang dirasuk tersebut dipegang dan dipapah oleh kawan-kawannya yang berani ke dewan.
Bermula detik itu, hampir setiap peserta perempuan telah diganggu dan dirasuk. Dalam ingatan aku, ketika aku menyaksikan setiap seorang telah dirasuk, aku berdiri di depan seorang peserta perempuan yang kelihatan amat takut sambil menangis. Secara tiba-tiba daripada suaranya menangis teresak-esak terus menjadi kasar dan seolah mengeram kemarahan.'Ah, sudah takkan dia ni pon kene gak kot'...kata aku. Secara tiba-tiba aku menjarakkan daripada perempuan tersebut. haha...sambil menjerit pada kakak fasilitator yang budak telah diganggu. Ketika itu, ketua fasilitator datang dan menyuruh peserta lelaki beredar dan membiarkan para fasilitator membantu peserta-peserta yang diganggu. Keadaan malam itu, ibarat macam pesta rasukan, mana tidaknya hampir setiap orang di situ dirasuk setelah pulih dan sedar dari rasukan, kawan berada sekeliling pula akan dirasuk.
Malam itu, memang kami di dalam khemah tidak dapat melelapkan mata dengan bunyi riuh rendah dan jeritan serta tangisan. Dalam keadaan yang tidak dapat dikawal tersebut, pihak pengurusan telah menghubungi ketua kampung di situ dan menceritakan perkara yang terjadi. Namun, dia telah syorkan untuk memanggil sekumpulan yang berkebolehan dalam mengatasi masalah gangguan mistik ini. Jam menunjukkan 2.30 pagi, barulah tiba kumpulan tersebut. Aku bersama rakan aku seorang yang tidak dapat melelapkan mata melihat apa yang mereka buat. Peserta-peserta yang telah diganggu dipulihkan manakala kawasan kami berkhemah di pagari.
Dalam semasa pemulihan dilakukan, salah seorang pemulih ini sempat bertanya kepada seorang peserta yang sedang dirasuk. Dia bertanyakan sebab perkara ini terjadi dan siapa mereka ini. Makhluk yang merasuk itu menjawab mengatakan kawasan yang kami duduki ini adalah penempatan mereka dan kami, peserta telah cemarinya. Makhluk itu juga tegaskan yang mereka telah berada disini sangat lama dan tidak suka jika kawasan ini diganggu. Setelah semuanya selesai, para peserta kembali ke khemah masing kecuali peserta yang telah diganggu. Pada keeseokan paginya, kami disuruh untuk berkemas-kemas dan akan pulang ke kampus pada pagi itu selepas sarapan.
Rupa-rupanya gangguan ini berpunca daripada peserta-peserta perempuan telah membuang tuala wanita mereka merata-rata. Kemudian, ada segelintir peserta masih bermandi manda ketika waktu sudah maghrib, dan membuat suasana hiruk pikuk tanpa rasa hormat akan kawasan tersebut. Rata-rata peserta yang diganggu terdiri daripada peserta yang memang datang haid ketika itu, kata pemulih mistik tersebut, memang perempuan yang sedang datang haid mudah diganggu dan dirasuk. Nasib baiklah tidak berlaku apa-apa yang lebih tragis dan hanya sekadar dirasuk. Namun, setelah berada kampus seminggu selepas kejadian, rupa-rupanya gangguan tidak berakhir. Terdapat salah satu makhluk ini sempat mengekori salah seorang peserta perempuan sehingga ke asrama. Riuh rendah kawasan asrama ketika kejadian dia dirasuk dan meracau-racau. Namun, dia berjaya dipulihkan.
Sekian, terima kasih

No comments

Powered by Blogger.